Page 146 - BUKU LATEST
P. 146
Adakah kelayakan Cuti Rehat Khas (CRK) sebanyak 7 hari boleh dihabiskan/ digunakan sekaligus pada awal tahun?
Berdasarkan peruntukan Perenggan 4(d)(i), PP 3/2005, kaedah pengambilan CRK adalah berdasarkan kepada tempoh
perkhidmatan yang melayakkan bagi satu tahun kalendar dan secara pro-rata (proportionate).
Walau bagaimanapun, berdasarkan SPP KPM 1/2015- Pelaksanaan Pemberian Cuti Rehat Khas Berdasarkan PP 3/2005
berkuatkuasa mulai 19 Mac 2015 menjelaskan berhubung pelaksanaan terkini pemberian kelulusan CRK seperti berikut :
Ketua Jabatan dalam keadaan tertentu boleh memberi kelulusan CRK melebihi bilangan yang dilayaki tanpa terikat dengan
tempoh perkhidmatan yang melayakkan terhad untuk tujuan-tujuan berikut:
i. Menziarahi ‘ahli keluarga’ dan ‘ahli keluarga rapat’ yang sakit tenat atau meninggal dunia;
ii. Menziarahi upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
iii. Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
iv. Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ‘ahli keluarga’;
v. Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
vi. Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
vii. Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
viii. Perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
Tempoh CRK yang telah diambil secara pendahuluan mengikut tujuan-tujuan di atas hendaklah dipulangkan dalam bentuk
pemotongan emolumen pegawai sekiranya berlaku keadaan di mana pegawai tidak genap berkhidmat dalam satu tahun
kelendar atas sebab cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal
dunia dalam perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan.
Adakah CRK yang tidak dapat dihabiskan boleh dibawa ke tahun berikutnya?
Berdasarkan perenggan 2(b), PP 3/2005 menjelaskan bahawa CRK yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh di bawa ke
CUTI BERSALIN
Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap
kelahiran. Adakah bermakna pegawai boleh memohon Cuti Bersalin tidak kira sama ada 68 hari, 70 hari, 82 hari atau 85
hari?
Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di
antara 60 hari sehingga 90 hari.
Adakah Cuti Sakit boleh digunakan bagi tujuan menggantikan tempoh Cuti Bersalin sekiranya pegawai telah
menggunakan kelayakan maksimum Cuti Bersalin 300 hari?
Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah
atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin sepertimana yang telah
dinyatakan dalam perenggan 11, PP 14/2010.
Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan?
Tidak. Perenggan 15.2 PP 14/2010 telah menjelaskan bahawa pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang
telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa berkhidmat secara
kontrak diambil kira setelah pegawai tersebut dilantik ke jawatan tetap?
Ya. Kelayakan Cuti Bersalin pegawai diambil kira semasa pegawai berkhidmat secara kontrak dan dianggap telah
digunakan.
Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak untuk mengambil Cuti Bersalin?
Layak. Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun
meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan
fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan.
Puan A telah melahirkan 3 orang anak sepanjang perkhidmatan. Beliau telah mendapat cuti belajar tanpa gaji mulai
tahun 2008 hingga 2011. 2 orang anak beliau dilahirkan dalam tempoh pengajian. Adakah kedua-dua orang anak yang
dilahirkan dalam tempoh cuti belajar tanpa gaji itu diambil kira dalam kemudahan Cuti Bersalin?
Tidak. Sekiranya pegawai bersalin dan sedang menikmati kemudahan Cuti Belajar Separuh Gaji/ Tanpa Gaji di mana tem-
poh kemudahan cuti tersebut telah meliputi tempoh Cuti Bersalin, maka ianya tidak diambil kira dalam kemudahan Cuti
Bersalin memandangkan tempoh Cuti Bersalin itu telah diliputi oleh cuti belajar separuh gaji/ tanpa gaji tersebut.
140

