Page 13 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 13

MODUL 1  MODUL 1


 UNIT  Perkembangan Seni dan Sosial Budaya
 1  di Malaysia

 MODUL 1


 Budaya ialah keseluruhan cara hidup
 merangkumi cara bertindak, berkelakuan,
 dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan   Kepelbagaian kaum dan
 penciptaan yang berupa kebendaan atau   etnik di Malaysia:
 kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun,   •  Melayu
 dan  peradaban.  Budaya  yang  diamalkan   •  Cina
 dan diwarisi sama ada dari aspek kesenian,   •  India
 bahasa, adat resam, muzik, agama,   •  Sabah
 kepercayaan mahupun undang-undang   •  Sarawak
 mempunyai keunikannya yang tersendiri
 bagi setiap kaum.

 Sosial dan budaya merupakan amalan
 yang berkaitan  dengan gaya hidup dan
 peradaban bagi sesuatu masyarakat.
 Kepelbagaian  penduduk di  Malaysia  telah   Hubungan interaksi sosial:
 mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi   •  Cara hidup
 pegangan dan amalan hidup mereka.   •  Kepercayaan
 Kepelbagaian budaya yang diamalkan oleh   •  Adat istiadat
 penduduk di Malaysia menjadikan mereka   •  Pendidikan
 saling hormat-menghormati antara satu
 sama lain.

 Seni bermaksud kebolehan mencipta
 sesuatu seperti lukisan, ukiran, kraf, dan
 sebagainya yang indah-indah. Seni dan
 budaya adalah sesuatu yang tidak boleh
 dipisahkan  kerana  kedua-dua  elemen  ini   Budaya benda:
 saling berkait antara satu sama lain. Seni   •  Peralatan
 yang wujud dalam kalangan masyarakat   •  Alat permainan
 di Malaysia hasil daripada asimilasi   •  Seni bina
 pelbagai kaum. Budaya benda yang   •  Kenderaan
 terhasil daripada hubungan sosiobudaya   •  Pakaian
 masyarakat  pelbagai  kaum  di  Malaysia   •  Perhiasan diri
 ialah peralatan, alat permainan, seni bina,
 kenderaan, pakaian, dan perhiasan diri.


 NOTA GURU
 4  1.1.1    Guru menyatakan sejarah dan perkembangan seni dan sosial budaya di Malaysia.            5
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18