Page 16 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4 KSSMPK KS
P. 16

MODUL 1


           (ii) Alat Permainan                                                                                           (iii) Seni Bina

           Permainan tradisional merupakan satu cara masyarakat pada zaman dahulu                                        Seni bina tradisional Melayu amat mengutamakan prinsip ajaran agama Islam
    MODUL 1
           mengisi masa lapang dan berhibur. Antara alat permainan tradisional yang                                      iaitu cara hidup dan melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
           selalu dimainkan ialah gasing dan congkak.                                                                    Setiap  ruang  yang  terdapat  pada  seni  bina  tradisional  Melayu  mempunyai
                                                                                                                         fungsinya yang tersendiri.
           Gasing
                                                                                                                                                                                             Rumah ibu
           Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang popular bagi orang
           Melayu. Gasing juga boleh dijadikan sebagai hiasan dan cenderamata. Bahan                                      Rumah dapur                                                    Ruang khas untuk
           utama untuk membuat gasing ialah kayu. Terdapat tiga jenis gasing yang selalu                                                                                                 upacara tertentu
           dimainkan iaitu gasing pangkah, gasing uri, dan gasing jantung.                                               Ruang untuk                                                     seperti upacara
                                                                                                                         memasak.                                                        berkhatan, majlis
                                                                                                                                                                                         perkahwinan dan
                                                                                                                                                                                         memandikan
              Kepala                                                                                                                                                                     jenazah.
              gasing                                                                                                         Selang

                                                     Labu                                                               Ruang yang
                                                                                                                        menyambung                                                             Anjung
                  Patak                                                                                                 laluan antara                                                    Ruang menyambut
                                                 Paksi         Tali                                                     rumah ibu dan                                                    tetamu, melakukan
                                                                                                                        rumah dapur.                                                     aktiviti ringan seperti
                                                                                                                                                                                         menyirat jala,
                                                                                                                                                                                         mengasah parang
                                                   Gasing pangkah
                                                                                                                            Serambi                                                      dan sebagainya.

                                                                                                                         Ruang khas untuk kaum lelaki
           Congkak                                                                                                       mengadakan kenduri. Serambi
                                                                                                                         juga ialah ruang tidur untuk anak
           Congkak merupakan permainan tradisional yang menggunakan papan kayu                                           lelaki bujang.
           berlubang atau lubang di atas tanah. Biji getah atau guli dijadikan sebagai
           buah congkak. Congkak dimainkan secara berpasangan.














                          Guli

                                                                                   Congkak                                                                                              Rumah Kutai, Perak


        8                                                                                                                                                                                                        9
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21