Page 183 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 183

SENI                         UNIT 27

     MEMPERTAHANKAN
     DIRI                         Wusyu










                                      Kenali Wusyu                                                     T T
                                      Kenali Wusyu
                                                                                                       E E
                                                                                                       M M
            Cikgu Tang berbual-bual dengan murid-muridnya tentang seni mempertahankan                  A A
            diri wusyu. Murid-muridnya hendak mengetahui dengan lebih lanjut tentang wusyu.
                                                                                                       9 9
            Cikgu Tang cuba membetulkan persepsi mereka.

            Cikgu Tang:   Mengapakah kamu tidak berminat dengan seni bela diri wusyu?
            Aryan:        Saya takut tercedera, cikgu. Bukankah wusyu sukan lasak?
            Cikgu Tang:   Kamu kena cuba dahulu, Aryan. Belum cuba, belum tahu.
                          Memanglah pergerakan dalam wusyu sangat lasak, tetapi tidak
                          memudaratkan kamu.
            Jian:         Memang betul, cikgu. Dahulu, saya takut hendak menceburi seni
                          mempertahankan diri. Sekarang, saya lebih berani.
            Vinod:        Bukankah wusyu hanya untuk kaum Cina sahaja?
            Cikgu Tang:   Kamu silap, Vinod. Semua orang boleh menyertai sukan ini.
                          Wusyu sudah menjadi satu acara sukan bertaraf antarabangsa.
            Jian:         Bagaimanakah caranya, cikgu?
            Cikgu Tang:   Kamu boleh menyertai kelab wusyu. Jika kamu menjadi anggota
                          kelab wusyu, kamu bukan sahaja belajar kesenian wusyu tetapi
                          belajar mendisiplinkan diri. Kamu kena rajin berlatih supaya menjadi
                          jaguh wusyu seperti Yeap Wai Kin dan Diana Bong.
            Vinod:        Kalau begitu, saya hendak menjadi anggota kelab wusyu. Bolehlah
                          saya belajar seni bela diri wusyu di sekolah.
            Aryan:        Saya juga hendak menjadi anggota kelab wusyu, cikgu.
            Cikgu Tang:   Baguslah. Nanti cikgu daftarkan nama kamu untuk mengikuti
                          latihan wusyu.
            Aryan:        Terima kasih, cikgu.
            Cikgu Tang:  Sama-sama.





           Berikan pendapat anda berpandukan maklumat di atas.

                   Menyampaikan isi dan fakta tentang sesuatu perkara dengan betul dan jelas    173
                                                                                                173
            1.4.2  menggunakan ayat yang gramatis.
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188