Page 186 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 186

Ratu Wusyu Negara






      T T
      E E
      M M
      A A    Ratu wusyu negara, Diana Bong Siong Lin dilahirkan pada 5 September 1985,
             di Kuching, Sarawak. Gadis berbangsa Cina ini mula berjinak dalam seni bela
     9 9     diri sejak di bangku sekolah, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai

             Tapang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.
                Atlet ini meraih pingat emas dalam acara nanquan-nandao-nangun wanita
             pada Sukan SEA di Thailand (2007), Laos (2009) dan Myanmar (2013). Dalam
             Sukan SEA 2015 di Singapura, beliau memenangi pingat perak.
                Beliau berjaya mencapai impiannya untuk muncul sebagai juara pada
             Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila merangkul pingat emas dalam acara
             nanquan wanita.Penglibatannya dalam sukan wusyu tidak menghalang Diana
             Bong Siong Lin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya. Beliau
             memperoleh Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia.
                Sepanjang penglibatannya dalam
             sukan  wusyu  ini,  Diana  Bong  Siong  Lin
             telah menerima pelbagai anugerah khas.          nanquan pukulan wusyu yang kuat
             Antara anugerah tertinggi diterimanya                     dan keras (tanpa senjata)
             termasuklah Anugerah Atlet Wanita Terbaik       nandao    wusyu yang menggunakan
             dan Anugerah Sukan Negara. Selain itu,                    pedang dengan aksi yang
             beliau juga pernah menerima Anugerah                      kuat dan keras
             Khas  Universiti  Putra  Malaysia  (2008,       nangun    wusyu yang menggunakan
                                                                       kayu yang panjang
             2009,  2011,  2012  dan  2013),  Anugerah       taijijian  wusyu yang menggunakan
             Atlet  Terbaik  Persatuan  Penulis-penulis                pedang lurus
             Sukan  Malaysia  (SAM)  (2013)  dan             jianshu   wusyu yang menggunakan
             Anugerah Ikon Belia Sarawak (2015).                       senjata dengan gerakan
                                                                       pantas
             (Sumber: www.bharian.com.my)                    qiangshu wusyu yang menggunakan
                                                                       lembing
                                                             taijiquan wusyu tanpa senjata dengan
                                                                       gerakan seperti bertinju




           176               Menulis dengan melengkapkan maklumat diri dan ayat dalam pelbagai bahan
                      3.1.3  dengan betul dan tepat.
   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191