Page 184 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 184

Sukan Wusyu






             Wusyu adalah antara sukan yang terkenal di seluruh dunia. Seni bela diri ini
      T T    berasal dan dibangunkan dari negara China. Mengikut sejarahnya, wusyu
      E E    digunakan untuk melindungi diri daripada ancaman musuh dan binatang buas.
      M M
      A A       Kini, wusyu menjadi sukan yang dipertandingkan dalam temasya besar
             seperti  Sukan  Asia  dan  kejohanan  sukan  antarabangsa.  Keunikannya  yang
     9 9     tersendiri menjadikan wusyu sukan ekstrem yang menarik untuk dipelajari.

             Terdapat pelbagai  elemen  ditekankan  dalam  proses  menguasai  wusyu
             termasuk kepantasan, ketahanan dan ketenangan.
                Seni bela diri wusyu berdepan dengan perubahan mengikut masa. Wusyu
             tradisional dibahagikan kepada pelbagai jenis yang dipengaruhi oleh tradisi,
             budaya  dan geografi. Di Malaysia, wusyu menjadi antara seni mempertahankan
             diri yang popular dalam kalangan generasi muda. Malaysia berjaya melahirkan
             atlet-atlet muda wusyu yang menyerlah dalam arena antarabangsa.








































           174
           174
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189