Page 188 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 188

Penilaian 27


             Lengkapkan jadual berpandukan maklumat yang diberikan.


             KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Skuad wusyu Malaysia berjaya mengakhiri temasya
             Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) dengan merangkul enam pingat emas,
             lima pingat perak dan tiga pingat gangsa. Semua acara yang dipertandingkan
      T T    ini diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
      E E       Atlet Malaysia berjaya mempamerkan aksi yang terbaik. Yeap Wai Kin
      M M    merangkul pingat emas dalam acara jianshu lelaki dengan mengumpul 9.67
      A A    mata dan qiangshu dengan 9.68 mata. Loh Jack Chang pula menyumbangkan
             dua lagi pingat emas dalam acara taijijian dan taijiquan lelaki.
     9 9        Dalam acara nanquan lelaki, Ho Mun Hua merangkul pingat emas dengan

             mengumpul 9.67 mata. Beliau juga memenangi pingat gangsa dalam acara
             gabungan nandao-nangun lelaki. Wong Weng Soo pula menyumbangkan dua
             pingat perak acara jianshu dan  qiangshu  lelaki.  Khaw  Jun  Lim  memperoleh
             pingat gangsa bagi acara gabungan daoshu-gunshu lelaki.
                Peserta wanita juga tidak kurang hebatnya apabila Diana Bong Siong Lin
             memenangi pingat emas dalam acara nanquan dengan 9.66 mata. Pingat perak
             disumbangkan oleh Phoon Eyin dalam acara qiangshu dan jianshu. Selain itu,
             Loh Ying Ting memenangi pingat perak acara gunshu. Audrey Chan Yee Jo pula
             memperoleh pingat gangsa acara taijijian.


                                                                      (Sumber: www.bharian.com)

                                                                                     Pingat
              Bil.            Acara                      Nama  Atlet



               1.  Jianshu (lelaki)
               2.  Qiangshu (lelaki)
               3.  Taijijian (lelaki)
               4.  Taijiquan (lelaki)
               5.  Nanquan (lelaki)
               6.  Nanquan (wanita)
               7.  Daoshu–gunshu (lelaki)
               8.  Taijijian (wanita)
               9.  Nandao-nangun (lelaki)
              10.  Jianshu (wanita)
               11.  Gunshu (wanita)
              12.  Qiangshu (wanita)


           178
           178
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193