Page 192 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 192

legum   jenis tumbuhan yang biji buahnya terkandung di dalam kekacang.
             losen  sejenis cecair yang disapukan pada kulit, dititikkan ke dalam mata dan
                 sebagainya, losen yang dicipta khas untuk disapukan pada bayi (badan, tangan).

             manfaat   faedah, guna.
             mutakhir   akhir-akhir ini, terakhir.

             obesiti    kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.


             persepsi    gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu),
                 pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan.
             piawaian    sesuatu yang telah ditetapkan untuk menjadi asas bagi penentuan atau
                 penilaian sesuatu (ukuran, timbangan, mutu).
             popular    disukai, digemari, terkenal.
             potensi    kemampuan (mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu), kebolehan,
                 kekuatan, kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju.
             prasarana     kemudahan dan perkhidmatan asas.
             premis     bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan.
             produk    sesuatu barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kilang atau
                 ditawarkan oleh institusi.
             promosi    segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkat jualan
                 barang (eksport, pelancongan dan sebagainya).

             regata    perlumbaan perahu kayuh atau perahu layar.
             rekreasi    kegiatan yang menyeronokkan untuk menyegarkan kesihatan badan dan
                 melapangkan fikiran, seperti beristirahat dan menghiburkan hati.
             risalah    surat edaran, brosur.


             seantero    seluruh, segenap.
             spesifikasi    butiran terperinci yang ditentukan atau dinyatakan untuk sesuatu produk
                 atau perkhidmatan.
             strategi    rancangan yang teratur (yang memperhitungkan pelbagai faktor) untuk
                 mencapai matlamat atau kejayaan.


             transformasi    perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan dan lain-lain).
             transmisi    sistem gear pada kereta dan sebagainya yang menghantar kuasa daripada
                 enjin untuk memutarkan roda kenderaan.
             trek    lorong untuk lumba lari, lumba kereta dan sebagainya.

             wadah   medan atau saluran untuk menyampaikan sesuatu.










           182
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196