Page 190 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 190
B. Huraikan faedah mempelajari seni mempertahankan diri berdasarkan
petikan. Bincang bersama-sama dengan rakan anda.
T T
E E
M M
A A
9 9
Mutakhir ini, kadar jenayah di negara kita kian meningkat sehingga mencapai
tahap yang membimbangkan. Saban hari kita sering mendengar berita tentang
kes ragut, rompak dan sebagainya melalui media massa seperti radio, televisyen,
surat khabar dan Internet. Kemelut ini berlaku di mana-mana sahaja, sama ada
di bandar atau di luar bandar.
Oleh sebab itu, seni mempertahankan diri seperti silat, wusyu, tekwando, karate
dan silambam ialah satu wadah untuk mempertahankan diri yang sangat
disarankan. Banyak faedah apabila mempelajari seni mempertahankan diri.
Antaranya termasuklah melindungi diri daripada ancaman bahaya seperti kes
yang tersebut di atas. Selain itu, seni mempertahankan diri juga dilihat sebagai
satu senaman untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Belajar seni mempertahankan diri dapat memupuk nilai murni, seperti baik hati,
bekerjasama dan sebagainya. Tahukah anda bahawa seni mempertahankan
diri juga boleh dijadikan wadah untuk bersosial dan menambah kenalan?
Kesimpulannya, banyak faedah dan kebaikan jika kita mempelajari seni
mempertahankan diri. Janganlah pula beranggapan bahawa seni mempertahankan
diri tidak sesuai lagi pada zaman moden ini.
180
180

