Page 191 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 191

Glosari




           akademik   1. mengenai atau berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi);
               2. bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam).
           aksesori     1. bahagian yang merupakan tambahan kepada sesuatu alat dan lain-lain
               (bukan sesuatu yang perlu ada padanya), contohnya aksesori kereta;
               2. barang yang melengkapi pakaian seseorang, terutamanya wanita, seperti beg
               tangan, kasut, rantai dan sebagainya.
           automatik   sesuatu yang bergerak atau melakukan sesuatu dengan sendirinya
               (alat atau mesin).
           automotif   kenderaan bermotor.

           dana   wang yang dikumpulkan untuk sesuatu tujuan.
           dedikasi   kesungguhan diri, masa, sepenuhnya kepada sesuatu tujuan tertentu
               (kerjaya dan lain-lain).
           duti import   cukai barangan import.


           ekstrem   keterlaluan, melampau.
           etika   nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
               kumpulan (persatuan, pekerjaan dan sebagainya).
           elemen   sesuatu yang menjadi bahagian dalam sesuatu keseluruhan.
           evolusi   1. perubahan secara beransur-ansur pada haiwan atau tumbuhan, daripada satu
               generasi kepada generasi lain;
               2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pada bentuk yang
               lebih kompleks.

           inovasi    sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat dan lain-lain
               yang baharu.
           infrastruktur     kemudahan dan perkhidmatan asas (seperti kemudahan pengangkutan,
               pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik dan pelbagai kemudahan lain
               yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara,
               masyarakat,organisasi dan sebagainya), prasarana.
           intervensi   campur tangan dalam urusan antara dua pihak (orang, negara, golongan) lain.

           karnival    pesta besar-besaran biasanya disertai oleh perarakan.
           khazanah    1. barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu;
               2. tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dan lain-lain).
           komponen     bahagian yang menjadikan sesuatu (seperti enjin, pesawat, alat) lengkap
               atau sempurna.
           kondusif    sesuai, baik dan sebagainya untuk membantu mencapai atau mendorong
                menghasilkan sesuatu.
           kontraktor    orang atau syarikat yang mengikat kontrak untuk menjalankan sesuatu
               perkhidmatan, membekalkan bahan atau buruh, terutamanya untuk kerja
               pembinaan.
                                                                                                181
   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196