Page 104 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 104
Persepsi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Definisi Kontra Selepas mempelajari subtajuk ini,
murid dapat menjelaskan melalui
Kontra wujud apabila unsur seni digunakan secara bertentangan perbincangan tentang:
antara satu sama lain untuk memberi impak dalam karya seni. • Definisi kontra
Kontra membawa maksud sesuatu unsur seni yang berbeza • Ciri-ciri kontra pada:
atau bercanggah dari segi ciri-cirinya dalam sesuatu gubahan. ❖ Alam semula jadi
Kontra turut dikaitkan dengan penegasan. Kadar kontra yang ❖ Objek buatan manusia
lebih tinggi mewujudkan penegasan yang lebih jelas. ❖ Karya seni visual
• Fungsi kontra
Ciri-ciri Kontra
Kontra digunakan untuk mewujudkan kelainan dalam sesuatu gubahan dari segi saiz, rupa,
bentuk, warna, garisan, arah, jalinan dan sebagainya. Kita boleh melihat ciri-ciri kontra ini pada
alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual.
Ciri-ciri Kontra
Alam semula jadi Objek buatan manusia Karya seni visual
• Kontra garisan • Kontra bentuk • Kontra jalinan
• Kontra warna • Kontra saiz • Kontra rupa
Rajah 9.1 Ciri-ciri kontra pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual
98

