Page 106 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 106

Lakukan aktiviti berikut bersama-sama guru untuk mengukuhkan pengetahuan anda
               mengenai kontra.


                   Aktiviti

                 Tujuan:
                   1.  Mengidentifikasikan prinsip kontra pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                     karya seni.
                   2.  Menginterpretasikan ciri dan fungsi kontra pada alam semula jadi, objek buatan manusia
                     dan karya seni.
                 Langkah:
                   1.  Guru memaparkan gambar foto objek-objek semula jadi, buatan manusia dan karya seni
                     di hadapan  kelas.
                   2.  Secara berpasangan, bincangkan ciri-ciri dan fungsi kontra yang terdapat pada objek-
                     objek yang dipaparkan.
                                         Jadual 9.1 Contoh objek dan ciri-ciri kontra
                                Objek                Ciri-ciri kontra              Ulasan
                      1.  Pokok kelapa          • Kontra bentuk            • Bentuk bulat pada buah
                                                                            memberi kesan kontra
                                                                            pada pelepah dan daun
                                                                            kelapa

                   3.  Persembahkan hasil perbincangan anda dan pasangan dalam bentuk peta pemikiran i-THINK.
                   4.  Bandingkan hasil perbincangan tersebut dengan murid-murid lain.

                 Soalan: Adakah setiap objek yang ditunjukkan mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang sama?



                    Latihan Formatif

                 1.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
                    (a)  Kontra wujud apabila unsur seni digunakan secara        antara satu sama lain.

                    (b)  Kadar kontra yang lebih tinggi mewujudkan penegasan yang lebih       .
                    (c)  Kontra digunakan untuk mewujudkan            dalam sesebuah gubahan.
                 2.  Padankan jawapan yang betul.
                    (a)  Prinsip yang dikaitkan dengan kontra                       Kontra garisan

                    (b)  Ciri-ciri kontra yang  dapat dilihat pada                  Penegasan
                       badan kuda belang

                    (c)  Fungsi kontra yang digunakan pada                          Menarik  perhatian
                       simbol keselamatan jalan raya

                 3.  Jika anda memakai baju hijau, apakah warna kontra untuk tali leher anda?

                                                         100
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111