Page 107 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 107

Eksplorasi Seni                                         Standard      Pembelajaran
                                                                                        Pembelajaran

                 Anda telah mengetahui ciri-ciri dan fungsi kontra pada alam   Selepas mempelajari subtajuk ini,
                 dan karya seni. Penggunaan teknik penghasilan kontra pula   murid dapat:
                 dapat membantu anda menghasilkan karya seni yang menarik.   •  Membuat eksperimentasi dan
                 Berdasarkan pengetahuan tersebut, lakukan aktiviti eksplorasi   penerokaan prinsip kontra
                                                                             pada alam semula jadi dengan
                 di bawah untuk lebih memahami prinsip kontra.               pelbagai teknik.


                        KEMBARA VISUAL



                  Lokasi: Kawasan sekolah
                  Tujuan:  Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
                          penerokaan prinsip kontra pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya
                          seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.

                  Langkah:
                    1.  Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
                    2.  Guru membawa murid-murid melihat persekitaran kawasan sekolah.
                    3.  Perhatikan objek-objek pada alam semula jadi, buatan manusia dan karya seni visual
                      yang mempunyai prinsip kontra di kawasan tersebut.
                    4.  Lakarkan objek tersebut menggunakan teknik yang telah dipelajari.
                    5.  Kemudian, kenal pasti dan catatkan ciri-ciri kontra yang terdapat pada objek tersebut.
                                       Jadual 9.2 Contoh lakaran objek dan ciri-ciri kontra

                                Objek                  Lakaran objek            Ciri-ciri kontra
                       1.  Meja kantin                                     • Kontra saiz




                    6.  Persembahkan hasil kembara anda dan pasangan dalam bentuk Artist Book yang menarik.

















                                             Gambar foto 9.1 Contoh Artist Book
                    7.  Pamerkan hasil dapatan anda di hadapan kelas untuk dinilai oleh guru.


                                                          101
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112