Page 100 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 100

Apresiasi Seni                                           Standard      Pembelajaran
                                                                                       Pembelajaran

               Dalam sesi Apresiasi Seni ini, beberapa karya murid dari    Selepas mempelajari subtajuk ini,
               aktiviti Ekspresi Seni akan dipilih untuk diperagakan. Anda   murid dapat:
               akan membicarakan hasil karya tersebut melalui Tumpu Galeri.  •  Mempamerkan hasil karya
                                                                           •  Menghayati hasil karya
                    Lakukan Tumpu Galeri berikut dengan bimbingan guru      sendiri dan rakan dengan
               untuk memastikan anda menggunakan Bahasa Seni Visual yang    menumpukan pada aspek
               tepat. Kaitkan prinsip harmoni semasa membuat apresiasi hasil   Bahasa Seni Visual
               karya masing-masing.                                        •  Menjelaskan pengalaman
                                                                            sendiri dalam penghasilan
                                                                            karya



                        T umpu Galeri
                        Tumpu Galeri



                Tujuan:  Membuat apresiasi hasil karya berpandukan prinsip harmoni.
                Bahan: Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni
                Langkah:
                  1.  Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan A, B dan C.
                     •  Kumpulan A: Karya seni bingkai foto
                     •  Kumpulan B: Karya seni kad ucapan
                     •  Kumpulan C: Karya seni bekas lilin/lampu
                  2.  Setiap kumpulan diberikan stesen pameran di bilik seni visual.

                  3.  Pamerkan semua hasil karya di stesen kumpulan masing-masing.



                                    Stesen 1             Stesen 2           Stesen 3
                                 Himpunan hasil      Himpunan hasil     Himpunan hasil
                                 karya seni          karya seni kad     karya seni bekas
                                 bingkai foto        ucapan             lilin/lampu


                                                Rajah 8.4 Stesen pameran

                  4.  Murid dalam kumpulan lain akan bergerak bersama-sama dengan guru dari satu stesen
                     ke satu stesen.

                  5.  Buat pemerhatian dan catatkan dalam buku nota anda.
                  6.  Murid perlu berada di tempat pameran untuk membuat apresiasi berpandukan prinsip
                     harmoni dalam menghasilkan karya seni visual.





                                                         94
   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104   105