Page 110 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 110

Apresiasi Seni                                           Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran

               Anda telah meneroka prinsip kontra yang wujud pada alam    Selepas mempelajari subtajuk ini,
               semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual    murid dapat:
               dalam aktiviti yang lepas. Sekarang, mari kita lakukan aktiviti   •  Mempamerkan hasil karya
               penghayatan hasil karya seni anda dan rakan-rakan dalam    •  Menghayati hasil karya
               Tumpu Galeri. Gunakan prinsip kontra dalam membuat           sendiri dan rakan dengan
                                                                            menumpukan pada aspek
               apresiasi karya tersebut.
                                                                            Bahasa Seni Visual
                                                                          •  Menjelaskan pengalaman sendiri
                                                                            dalam penghasilan karya
                        Tumpu Galeri
                        T umpu Galeri


                Tujuan:  Membuat apresiasi hasil karya berpandukan prinsip kontra.
                Bahan:  Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni
                Langkah:
                Sesi Pertama – Penghayatan karya seni
                  1.  Pamerkan lima hasil karya seni terbaik murid untuk setiap kategori pada soft board
                     di belakang bilik darjah.
                  2.  Susun karya dalam tiga bahagian mengikut kategori hasil karya seni.
                  3.  Setiap murid perlu bergerak dari satu karya ke satu karya. Buat pemerhatian dan catatkan
                     dalam buku nota anda.
                Sesi Kedua – Membuat apresiasi seni
                  1.  Guru memilih karya terbaik daripada setiap kumpulan.
                  2.  Murid yang karyanya terpilih perlu mempersembahkan hasil karya seni mereka
                     di hadapan kelas.
                  3.  Murid perlu membuat apresiasi berpandukan prinsip kontra.


                       Rumusan
                       Rumusan

                                                    Kontra

                     Wujud apabila unsur seni digunakan secara bertentangan antara satu sama lain.



                         Ciri-ciri                   Fungsi                  Teknik penghasilan

                    •  kontra saiz        •  elak kebosanan               •  perbezaan saiz
                    •  kontra arah        •  menarik perhatian            •  perbezaan arah
                    •  kontra rupa        •  menimbulkan penegasan        •  perbezaan rupa
                    •  kontra warna       •  menjadi fokus dan tumpuan    •  perbezaan warna
                    •  kontra jalinan     •  lebih menarik dan bermakna   •  perbezaan jalinan
                    •  kontra bentuk                                      •  perbezaan bentuk
                    •  kontra garisan                                     •  perbezaan sifat garisan

                                                         104
   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115