Page 115 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 115

Mari kita bincangkan fungsi penegasan dalam aktiviti berikut.

                    Aktiviti


                  Tujuan:
                    1.  Mengidentifikasikan prinsip penegasan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                       karya seni.
                    2.  Menginterpretasikan ciri-ciri dan fungsi penegasan pada alam semula jadi, objek buatan
                       manusia dan karya seni.
                  Langkah:
                    1.  Bahagikan murid kepada tiga kumpulan, iaitu Kumpulan A, B dan C.
                       (a)  Kumpulan A – penegasan pada alam semula jadi
                       (b)  Kumpulan B – penegasan pada objek buatan manusia
                       (c)  Kumpulan C – penegasan pada karya seni visual
                    2.  Anda dan kumpulan akan membincangkan fungsi penegasan berdasarkan gambar foto
                       yang diberi oleh guru.
                    3.  Anda boleh mencari maklumat daripada laman sesawang atau bahan bacaan.
                    4.  Catatkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk peta pemikiran i-THINK.
                    5.  Kongsikan hasil dapatan anda dengan guru dan kumpulan lain.
                  Soalan:  Pada pendapat anda, manakah yang lebih penting, prinsip harmoni atau penegasan
                          dalam sesebuah gubahan? Jelaskan.



                     Latihan Formatif


                   1.  Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
                     (a)  Penegasan merupakan suatu            unsur seni atau imej yang ketara jika
                         dibandingkan dengan yang lain.

                     (b)  Penegasan dan            mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
                     (c)  Penegasan wujud apabila terdapat unsur         dalam sesebuah gubahan.
                     (d)  Prinsip penegasan dalam bidang grafik dapat menarik tumpuan pemerhati terhadap
                                     yang ingin disampaikan.
                   2.  Cari unsur-unsur seni yang dapat mewujudkan penegasan dalam kotak di bawah.

                       w   q    j   d    k    h   l

                       g   a    r    i   s    a   n

                       m    f   r   u    p    a   e

                       k   b    e   n    t    u   k

                       c   o    r   u    a    n   g

                                                          109
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120