Page 116 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 116

Eksplorasi Seni                                         Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran

               Penegasan diwujudkan untuk menjadi daya tarikan pada alam   Setelah mempelajari subtajuk ini,
               dan karya seni. Penggunaan teknik yang tepat pula dapat    murid dapat:
                                                                          •  Membuat eksperimentasi
               menimbulkan tumpuan dan fokus. Aplikasikan pengetahuan       dan penerokaan prinsip
               anda tentang prinsip penegasan dengan melakukan aktiviti     penegasan  pada alam semula
               eksplorasi berikut.                                          jadi dengan pelbagai teknik.


                   Aktiviti


                 Tujuan:  Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
                         penerokaan prinsip penegasan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                         karya seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
                 Alat/Bahan: Gunting, gam, pisau, buku, kertas lukisan, majalah, risalah dan surat khabar.

                 Langkah:
                   1.  Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
                   2.  Fikir dan pilih satu tajuk atau tema untuk gubahan
                     montaj kumpulan anda.                                   Layari laman sesawang
                   3.  Cari dan gunting gambar-gambar foto yang berkaitan    berikut untuk
                                                                             mendapatkan idea
                     dengan tajuk atau tema pilihan anda daripada surat      menghasilkan foto montaj:
                     khabar, majalah, buku atau risalah.
                   4.  Lekatkan gambar-gambar foto tersebut di atas kertas           http://goo.gl/
                     lukisan dengan menimbulkan penegasan dalam                      TDsyQC
                     gubahan tersebut.
                   5.  Persembahkan gubahan foto montaj kumpulan anda
                     di hadapan kelas.







                Ekspresi Seni                                            Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran
                                                                          Selepas mempelajari subtajuk ini,
               Berdasarkan aktiviti eksplorasi yang lepas, anda telah dapat   murid dapat:
               memahami prinsip penegasan. Dalam bahagian Ekspresi Seni   •  Menterjemah hasil daripada
               ini, anda akan menghasilkan sebuah karya seni.               eksperimentasi dan
                    Gunakan pengetahuan anda mengenai prinsip penegasan     penerokaan prinsip penegasan
               dalam aktiviti berikut. Hasilkan gubahan seni yang dapat     untuk menghasilkan karya
               menonjolkan idea atau tema yang kreatif.                     dengan menggunakan
                                                                            imaginasi dan idea secara
                                                                            kreatif.




                                                         110
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121