Page 121 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 121

T A  JUK                        KEPELBAGAIAN
                 TAJUK
                            11












                 Cuba anda lihat di sekitar halaman rumah anda. Anda akan
                 dapat melihat pelbagai objek di kawasan tersebut. Kelihatan
                 bunga-bunga yang pelbagai jenis, rupa, warna dan saiz.
                 Tahukah anda bahawa pelbagai unsur ini menimbulkan
                 prinsip kepelbagaian? Lihat pula hasil karya berikut.
                 Dapatkah anda mengenal pasti prinsip tersebut? Prinsip
                 kepelbagaian ini bertentangan dengan prinsip kesatuan.
                 Tujuannya adalah untuk menjadikan sesebuah karya seni
                 itu lebih menarik dan rencam.






























                                                          Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan:
                                                          •  memahami prinsip kepelbagaian
                                                          •  mengeksplorasi dan mengaplikasi prinsip
                                                            kepelbagaian bagi mengukuhkan pemahaman
                                                            terhadap Bahasa Seni Visual
                                                          •  menzahirkan idea dan konsep melalui pelbagai
                                                            sumber dan teknologi dalam penjanaan tugasan
                                                          •  menghayati hasil karya Seni Visual




                                                          115
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126