Page 153 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 153
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Penggunaan teknik yang betul dalam mewujudkan prinsip Selepas mempelajari subtajuk ini,
irama dan pergerakan dapat menghasilkan gubahan yang murid dapat:
• Membuat eksperimentasi dan
menarik serta berkesan. Dalam aktiviti berikut, anda perlu penerokaan prinsip irama dan
mengenal pasti objek di persekitaran yang mempunyai prinsip pergerakan pada alam semula
irama dan pergerakan. Gunakan pengetahuan tersebut dalam jadi dengan pelbagai teknik.
menghasilkan gubahan karya seni.
Aktiviti
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
penerokaan prinsip irama dan pergerakan pada alam semula jadi, objek buatan
manusia dan karya seni melalui penggunaan media, proses dan teknik.
Alat/Bahan: Gam, gunting, pensel, pemotong kertas, pisau, kertas lukisan dan kertas warna
bersaiz A4
Langkah:
1. Kenal pasti objek alam semula jadi, buatan manusia atau karya seni yang terdapat
di persekitaran anda.
2. Perhatikan ciri-ciri irama dan pergerakan yang terdapat pada objek tersebut.
3. Aplikasikan ciri-ciri objek yang diperhati untuk menghasilkan satu karya seni
menggunakan cara lipatan atau potongan kertas.
4. Persembahkan hasil karya seni anda kepada guru untuk dinilai.
Hasil:
Gambar foto 14.1 Lipatan kertas yang Gambar foto 14.2 Potongan kertas yang
menunjukkan kesan menunjukkan kesan
irama dan pergerakan irama dan pergerakan
Soalan: Terangkan ciri-ciri irama dan pergerakan yang dihasilkan dalam karya anda.
147

