Page 156 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 156
Apresiasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Anda telah memahami definisi, ciri-ciri dan fungsi irama Selepas mempelajari subtajuk ini,
dan pergerakan dalam karya seni visual. Anda juga telah murid akan dapat:
mengaplikasikan prinsip ini dalam penghasilan beberapa karya • Mempamerkan hasil karya
• Menghayati hasil karya
seni pada bahagian Ekspresi Seni. sendiri dan rakan dengan
Pada bahagian Apresiasi Seni ini, anda dikehendaki menumpukan pada aspek
membuat apresiasi seni berkaitan karya seni yang telah Bahasa Seni Visual
dihasilkan kepada rakan-rakan untuk dihayati dan dinilai. • Menjelaskan pengalaman
Anda juga perlu menggunakan Bahasa Seni Visual yang sendiri dalam penghasilan
berkaitan dengan prinsip irama dan pergerakan dengan tepat. karya
T umpu Galeri
Tumpu Galeri
Tujuan: Membuat apresiasi hasil karya berpandukan prinsip irama dan pergerakan.
Bahan: Hasil karya murid dalam aktiviti Ekspresi Seni
Langkah:
1. Guru memilih tiga karya terbaik daripada setiap kumpulan.
2. Pamerkan karya tersebut di stesen kumpulan masing-masing.
3. Secara bergilir-gilir, setiap kumpulan bersama-sama guru akan bergerak dari satu stesen
ke satu stesen dan mendengar pembentangan karya setiap kumpulan.
4. Murid bertanggungjawab memberi penerangan hasil karya yang dihasilkan daripada
aspek prinsip irama dan pergerakan.
5. Buat pemerhatian ciri-ciri irama dan pergerakan dan catatkan setiap penerangan dan
penilaian dalam buku nota anda.
Gambar foto 14.3 Contoh hasil karya yang dipamerkan
150

