Page 24 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 24

Apresiasi Seni                                          Standard     Pembelajaran
                                                                                      Pembelajaran

               Menerusi sesi Apresiasi Seni ini, setiap hasil perbincangan   Selepas mempelajari subtajuk ini,
               dan  aktiviti  anda  dalam  Ekspresi  Seni  akan  dipamer  dan   murid dapat:
               diperjelaskan melalui Tumpu Galeri. Gunakan kaedah tiga    •  Mempamerkan hasil karya
               stesen untuk melakukan apresiasi karya ini.                •  Menghayati hasil karya
                                                                            sendiri dan rakan dengan
                    Dalam Tumpu Galeri ini, hanya karya-karya terbaik yang   menumpukan pada aspek
               akan dipamer dan dibincangkan. Bahan-bahan tersebut perlu    Bahasa Seni Visual
               diletakkan di atas meja berasingan mengikut kategori.      •  Menjelaskan pengalaman
                                                                            sendiri dalam penghasilan
                                                                            karya


                        T umpu Galeri
                        Tumpu Galeri


                 Tujuan:  Membuat apresiasi karya seni visual berpandukan unsur seni dan prinsip rekaan.
                 Langkah:
                   1.  Guru memilih tiga karya terbaik untuk setiap kategori.
                   2.  Susun karya di atas meja mengikut tiga stesen seperti dalam rajah berikut.


                                                    Himpunan hasil
                                                   perbincangan dan
                                                    projek seni kraf









                                Himpunan hasil                          Himpunan hasil
                               perbincangan dan                        perbincangan dan
                                projek seni halus                       projek seni reka


                                        Rajah 1.8 Contoh stesen berdasarkan kategori

                   3.  Murid dan guru akan bergerak dari satu karya ke satu karya.
                   4.  Wakil kumpulan akan diberikan masa dua hingga tiga minit untuk membuat apresiasi
                     tentang hasil karya.
                   5.  Ulangi proses seterusnya sehingga ke semua stesen selesai dilawati.
                   6.  Catatkan perbincangan dalam buku nota anda.








                                                         18
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29