Page 29 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 29

Persepsi Seni                                        Standard     Pembelajaran
                                                                                    Pembelajaran

                 Definisi Garisan                                       Selepas mempelajari subtajuk ini,
                                                                        murid dapat menjelaskan melalui
                 Garisan adalah kesan titik yang bergerak dihasilkan dengan   perbincangan tentang:
                 menggunakan  sesuatu  alat  atau  media  yang  bermula   •  Definisi garisan
                 daripada satu titik permulaan merentasi sesuatu kawasan.   •  Jenis garisan pada:
                                                                         ❖ Alam semula jadi
                                                                         ❖  Objek buatan manusia
                 Jenis Garisan                                           ❖  Karya seni visual
                 Garisan mempunyai pelbagai jenis sifat dan identiti yang   •  Fungsi garisan
                 tersendiri serta memberi pengertian yang berbeza-beza.
                 Jenis-jenis garisan ini merujuk kepada sifat-sifat fizikal sesuatu garisan itu seperti kasar, halus,
                 panjang, pendek, lurus, bengkok, terang, gelap, tebal, putus-putus dan sebagainya.










                      Garisan nipis         Garisan tebal       Garisan bersudut     Garisan berpancar









                   Garisan putus-putus   Garisan melengkung    Garisan berlingkar     Garisan beralun

                                              Rajah 2.1 Contoh-contoh garisan


                     Kita dapat melihat garisan-garisan ini pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan
                 karya seni visual. Garisan-garisan ini wujud dengan jelas di sekeliling kita. Garisan pada alam
                 semula jadi ialah gambaran visual seolah-olah garisan sebenar kerana garisan ini berkontra
                 dengan persekitarannya.



                 Garisan pada alam semula jadi















                                                           23
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34