Page 33 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 33
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Garisan sangat mudah didapati sama ada pada alam semula Selepas mempelajari subtajuk ini,
jadi atau objek buatan manusia. Cuba lihat di sekeliling anda. murid dapat:
Bolehkah anda kenal pasti jenis garisan yang wujud? Mari kita • Membuat eksperimentasi dan
lakukan Kembara Visual berikut. penerokaan unsur garisan
pada alam semula jadi dengan
pelbagai teknik.
KEMBARA VISUAL
Lokasi: Kawasan sekolah
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
penerokaan unsur garisan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni
melalui penggunaan media, proses dan teknik.
Langkah:
1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Murid dibawa ke luar kelas untuk membuat pemerhatian terhadap objek yang terdapat
di sekitar kawasan sekolah.
3. Nyatakan jenis-jenis garisan yang terdapat pada objek-objek tersebut.
4. Kemudian, lakarkan jenis garisan yang terdapat pada objek-objek tersebut.
5. Persembahkan hasil lakaran setiap kumpulan di hadapan kelas. Lihat contoh di bawah:
Jadual 2.2 Hasil lakaran daripada objek-objek di sekitar sekolah
Objek Jenis garisan Contoh lakaran
1. Siput • Garisan berlingkar
2. Pagar • Garisan lurus
Soalan: Bagaimanakah garisan yang beralun dapat diterjemah dalam bentuk seni visual?
27

