Page 36 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 36
Apresiasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Anda telah berjaya menghasilkan pelbagai karya seni yang Selepas mempelajari subtajuk ini,
kreatif berdasarkan aktiviti dalam Ekspresi Seni. Pamerkan murid dapat:
karya anda dalam Tumpu Galeri di bawah. Nyatakan unsur • Mempamerkan hasil karya
garisan yang terdapat dalam karya seni anda. Anda boleh • Menghayati hasil karya
sendiri dan rakan dengan
menyenaraikan media yang digunakan dalam penghasilan menumpukan pada aspek
karya seni tersebut. Bahasa Seni Visual
• Menjelaskan pengalaman
sendiri dalam penghasilan
karya
Tumpu Galeri
T umpu Galeri
Tujuan: Membuat apresiasi berdasarkan hasil karya berpandukan unsur garisan.
Bahan: Hasil karya seni murid dalam aktiviti Ekspresi Seni
Langkah:
1. Wakil setiap kumpulan membawa hasil karya seni terbaik mereka ke hadapan kelas.
2. Wakil kumpulan mempamerkan karya seni dan menceritakan pengalaman mereka
dalam penghasilan karya tersebut berpandukan unsur garisan.
3. Murid-murid lain perlu menganalisis hasil kerja karya seni yang dipamerkan di
hadapan kelas.
4. Catatkan analisis unsur garisan terhadap pelbagai hasil karya seni tersebut dalam
buku nota.
Gambar foto 2.1 Murid membuat persembahan karya seni
30

