Page 50 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 50
Persepsi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Definisi Bentuk Selepas mempelajari subtajuk ini,
murid dapat menjelaskan melalui
Bentuk ialah objek yang mempunyai struktur jisim dan perbincangan tentang:
isi padu. Bentuk juga mempunyai lebih daripada satu • Definisi bentuk
permukaan dan boleh dilihat dari segi ketinggian, isi padu • Jenis bentuk pada:
serta kelebarannya. Bentuk pada alam dapat dilihat daripada ❖ Alam semula jadi
pelbagai sudut pandangan. Begitu juga karya arca berbentuk ❖ Objek buatan manusia
tiga dimensi (3D). Bentuk dalam karya catan atau lukisan pula ❖ Karya seni visual
hanya dapat dilihat dalam bentuk dua dimensi (2D). • Fungsi bentuk
UJI I ANDA
Apakah perbezaan
antara rupa dengan
Tinggi bentuk?
Lebar
Panjang
Rajah 4.1 Bentuk yang bersifat tiga dimensi (3D)
Jenis Bentuk
Bentuk terdiri daripada dua jenis, iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk konkrit boleh
dilihat dalam arca dan karya seni 3D. Bentuk ilusi pula dihasilkan melalui penggunaan konsep
seperti perspektif untuk menunjukkan bentuk dalam karya 2D. Jadual di bawah menunjukkan
perbandingan antara bentuk konkrit dengan bentuk ilusi.
Jadual 4.1 Perbandingan antara bentuk konkrit dengan bentuk ilusi
Bentuk konkrit Bentuk ilusi
44

