Page 51 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 51
Jenis-jenis bentuk ini wujud pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni
visual. Bolehkah anda namakan bentuk-bentuk yang terdapat di sekeliling anda?
Bentuk
Alam semula jadi Objek buatan manusia Karya seni visual
Rajah 4.2 Contoh bentuk pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual
Fungsi Bentuk
Bentuk mempunyai pelbagai fungsi. Pengarca menggunakan bahan semula jadi ataupun bahan
buatan manusia untuk dijadikan arca yang berbentuk konkrit. Penghasilan bentuk konkrit ini
membolehkan peminat seni melihat arca tersebut daripada pelbagai sudut. Hal ini memberikan
pengalaman estetik kepada peminat seni melalui penghayatan terhadap karya 3D tersebut.
Gambar foto 4.1 Bentuk arca yang dihasilkan daripada besi
Bentuk ilusi berfungsi memberikan kesan yang realistik pada karya. Bentuk ilusi ini hanya
dapat dinikmati melalui deria penglihatan. Karya 2D dapat dihasilkan menggunakan kesan cahaya
dan bayang.
Gambar foto 4.2 Bentuk ilusi pada karya seni visual yang mirip objek sebenar
45

