Page 61 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 61
Fungsi Jalinan K
Jalinan yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan E M Kelestarian Alam
manusia dan karya seni visual mempunyai fungsi berikut: Sekitar
Alam Semula Jadi
Jalinan berfungsi sebagai penyamaran atau perlindungan. Jalinan
pada badan haiwan, contohnya buaya berfungsi membuat
penyamaran untuk mencari mangsa. Jalinan sentuh pada kulit
durian pula berfungsi untuk keselamatan.
Dapatkah anda mengenal
pasti haiwan dalam gambar
di atas? Haiwan tersebut
mempunyai jalinan serta
warna yang seakan-akan
sama dengan persekitaran
dan membolehkannya
membuat penyamaran.
Gambar foto 5.1 Fungsi jalinan pada alam semula jadi
Objek Buatan Manusia
Jalinan turut digunakan dalam objek buatan manusia. Jalinan pada
tayar kenderaan memberikan kesan cengkaman. Jalinan pada tekstil Kesan jalinan sentuh
berfungsi menghasilkan corak hiasan yang menarik.
pada sesuatu objek
boleh dipindahkan
menjadi jalinan tampak
melalui teknik capan
dan gosokan.
Gambar foto 5.2 Fungsi jalinan pada objek buatan manusia Layari laman sesawang
berikut untuk mengetahui
Karya Seni Visual lebih lanjut tentang jalinan:
Jalinan pada karya seni visual berfungsi untuk menampakkan
pelbagai jenis ruang contohnya, untuk menimbulkan ruang cetek, http://goo.gl/
ruang dalam dan ruang rata. Jalinan pada seni kraf pula berfungsi j62yQw
memberikan nilai estetik.
Yusof Ghani, Rainforest Topeng,
1995, Media campuran atas kertas
Gambar foto 5.3 Fungsi jalinan pada karya seni visual
55

