Page 64 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 64
Eksplorasi Seni Standard Pembelajaran
Pembelajaran
Anda telah memahami jalinan mempunyai jenis, sifat dan Selepas mempelajari subtajuk ini,
fungsi tertentu. Jalinan pada alam semula jadi, objek buatan murid dapat:
• Membuat eksperimentasi
manusia dan karya seni visual mempunyai fungsi yang berbeza. dan penerokaan unsur jalinan
Berdasarkan pengetahuan tersebut, lakukan Kembara Visual pada alam semula jadi dengan
untuk mengenal pasti jalinan yang wujud di sekeliling anda. pelbagai teknik.
KEMBARA VISUAL
Lokasi: Kawasan sekolah
Tujuan: Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta
penerokaan unsur jalinan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni
melalui penggunaan media, proses dan teknik.
Langkah:
1. Murid perlu keluar kelas untuk membuat pemerhatian terhadap alam sekitar.
2. Kenal pasti dan catatkan jenis jalinan yang terdapat pada objek-objek yang dilihat.
3. Lakarkan jenis jalinan yang terdapat pada objek tersebut menggunakan teknik jalinan
yang telah dipelajari.
Jadual 5.2 Jenis-jenis objek di kawasan sekolah
Objek Jenis jalinan Contoh lakaran
• Kulit pokok • Jalinan sentuh
4. Bandingkan hasil karya anda dengan rakan-rakan yang lain.
Soalan: Bagaimanakah anda mengenali jenis jalinan pada objek?
Gambar foto 5.4 Contoh persekitaran taman sekolah
58

