Page 102 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 102
Perkhidmatan Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam ialah perkhidmatan berbayar yang digunakan untuk
bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Sesetengah pengangkutan
awam menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Sistem pengangkutan 6
awam yang sistematik mampu menjamin keselamatan dan keselesaan
pengguna.
Perkhidmatan pengangkutan awam ini merangkumi perkhidmatan
pengangkutan darat, udara dan air. Pengangkutan awam ini bertujuan untuk
memudahkan sistem perhubungan masyarakat di seluruh negara. Perkhidmatan
ini adalah alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas.
Penggunaan perkhidmatan ini juga turut membantu mengurangkan
pencemaran udara. Contohnya, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT),
komuter, monorel, perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan Rangkaian Kereta
Api Ekspres (ERL). Perkhidmatan pengangkutan awam dapat menjimatkan masa
dan memudahkan pengguna.
Aktiviti
1. Senaraikan jenis perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia.
2. Jelaskan kebaikan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
3. Mengapakah perkhidmatan komuter, monorel, LRT, ETS dan ERL
diperkenalkan di bandar?
• Murid menerangkan isi tersurat.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Berhati-hati
Nota Guru
KB: Mengkategorikan EMK: TMK
93
2.2.2 BCB: Membaca dengan lancar

