Page 107 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 107

Pengalaman Menaiki ETS



                  Baca catatan diari Rika di bawah.

                  Rika berasa sangat gembira kerana dapat menyertai lawatan ke Alor Setar
                  dengan menaiki ETS. Dia telah membuat catatan lawatan tersebut.



                  Rabu, 7 Oktober 2015 – Lawatan ke Alor Setar menaiki ETS.


                  2:30 petang  –   Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah untuk menaiki bas.
                                             Guru pengiring,  Cikgu  Eda  dan  Cikgu  Saiful  memeriksa
                                    kehadiran murid.
                  3:00 petang  –   Menaiki bas ke Stesen Kereta Api KL Sentral.
                  3:30 petang  –   Tiba di Stesen Kereta Api KL Sentral. Berkumpul di sini untuk
                                    menaiki ETS. Pertama kali saya mengikuti lawatan sambil
                                    belajar ke Alor Setar. Semasa menunggu ketibaan ETS,
           6                        perasaan saya bercampur baur antara gembira, gementar
                                    dan bimbang. Saya tidak pernah menaiki ETS.
                  4:00 petang  –   Kami menaiki ETS dengan penuh teruja. Saya duduk di tepi
                                    tingkap. Sungguh selesa. Saya sungguh gembira.
                  4:15 petang   –   ETS bertolak ke Alor Setar. Perasaan takut dan gementar hilang.
                                    Dalam perjalanan ke Alor Setar, ETS telah berhenti di beberapa
                                    buah stesen.
                  9:30 malam  –   Tiba di Stesen Kereta Api Alor Setar. Sebuah bas menunggu
                                    untuk membawa kami ke tempat penginapan.




                    Aktiviti

                  1.  Nyatakan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
                  2.  Berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke Alor Setar dari KL
                      Sentral dengan menaiki ETS?
                  3.  Secara ringkas, gambarkan perasaan Rika sebelum, semasa dan selepas
                      menaiki ETS.




                                    •  Murid menjawab soalan daripada teks yang dibaca secara beradab.
                                    KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis           Nilai: Menghargai, Berdikari, Bekerjasama
                                            KB: Menjanakan idea                          EMK: Ilmu – Pendidikan Moral, Matematik
                98          2.2.1           BCB: Membaca dengan berkesan






          Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 6.indd   98                                                     10/17/16   2:45 PM
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112