Page 98 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 98
B. Baca dan fahami maklumat di bawah.
Topi Keledar
5
Topi keledar ialah sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang
dan pembonceng motosikal. Matlamat utama topi keledar adalah untuk
melindungi kepala penunggang daripada hentakan jika berlaku kemalangan.
Kesemua jenis topi keledar mempunyai pengikat dagu. Sekiranya pengikat dagu
tidak dikenakan dengan betul, perlindungan daripada kecederaan di kepala
amat rendah. Memakai topi keledar sewaktu menunggang dan membonceng
motosikal dapat mengurangkan kecederaan di kepala akibat kemalangan.
Aktiviti
1. Ceritakan perihal topi keledar yang pernah kamu lihat.
2. Pada pendapat kamu, mengapakah penunggang dan pembonceng
motosikal diwajibkan memakai topi keledar?
89

