Page 106 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 106
UNIT
17 Lancar Menuju Destinasi
ETS Ekspres
Baca dan fahami petikan berita di bawah.
KUALA LUMPUR: 11 Julai – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke
Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan
berhenti di 15 hentian. Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu sidang
media hari ini berkata, 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah
Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam,
Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.
Harga tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Padang Besar atau Padang Besar
ke Kuala Lumpur ialah RM80.00. Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan
berlepas pada pukul 9:30 pagi dan tiba pada pukul 3:00 petang, manakala dari
Padang Besar ke Kuala Lumpur pada pukul 4:00 petang dan tiba pada pukul
9:15 malam. Bagi perkhidmatan tren ETS transit Ipoh – Butterworth – Padang 6
Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti
di kesemua 24 stesen.
Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan, iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri,
Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat,
Tasek dan Tasek Gelugor. Tiket tren Ipoh ke Butterworth ialah RM23.00 manakala
Butterworth ke Padang Besar ialah RM21.00. Waktu laluan ke Ipoh – Butterworth
adalah pada pukul 5:00 pagi dan tiba pada pukul 6:50 pagi. Perjalanan ke
Butterworth – Padang Besar (7:30 pagi – 9:15 pagi), Padang Besar – Butterworth
(2:00 petang – 3:45 petang) dan Butterworth – Ipoh (5:00 petang – 6:50 petang).
(Diubah suai daripada Bernama 11 Julai 2015)
Aktiviti
Nyatakan harga tiket yang terdapat dalam petikan.
• Menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat menggunakan ayat lengkap.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Kesyukuran
KB: Menyenaraikan, Menghubungkaitkan EMK: TMK
97
1.4.1 BCB: Mendengar dengan berkesan
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 6.indd 97 10/17/16 2:44 PM

