Page 121 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 121

Senaraikan kata nama yang terdapat dalam petikan.


                                                      Pulau Tioman

                        Pulau Tioman terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pulau ini diiktiraf
                   antara 10 pulau tercantik di dunia. Terdapat beberapa buah kampung di sekitar
                   pesisir pantai Pulau Tioman seperti Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.
                   Setiap kampung mempunyai tarikan yang berbeza dan unik. Keindahan alam
                   pulau ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
                        Pengunjung ke Pulau Tioman boleh menggunakan bot dari Mersing di Johor
                   atau Tanjung Gemok di Pahang. Selain itu, mereka juga boleh menaiki kapal
                   terbang yang beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur.
                        Pelbagai aktiviti di laut dan pantai seperti memancing, menyelam dan
                   bersnorkel menjadi tarikan pengunjung ke pulau ini. Mereka tidak akan
                   melepaskan peluang untuk menikmati keindahan dasar laut terutamanya
                   hidupan laut dan batu karang yang hidup subur di Laut China Selatan. Di sini,
                   terdapat pelbagai spesies ikan seperti buntal, bayan, dengkis, seriding, kerapu
                   bara, bagong, betok dan becuk.
           7



























                     Aktiviti

                   Nyatakan aktiviti pelancongan di Pulau Tioman.


                                    •  Murid menyenaraikan kata nama.
                                    KBT: Kontekstual                                   Nilai: Menghargai, Kesyukuran
                                             KP: Naturalis                                 EMK: Pendidikan Alam Sekitar
                 112        3.3.1           KB: Mengelaskan
                                            BCB: Menulis secara mekanis
   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126