Page 120 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 120
Baca dan fahami.
Destinasi Pelancongan
Ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Mereka
tertarik akan keindahan alam semula jadi seperti Hutan Belum di Perak, Taman
Negara Endau – Rompin di Pahang, Gunung Kinabalu di Sabah dan Gua Niah
di Sarawak.
Malaysia mempunyai hutan hujan khatulistiwa yang berusia lebih dua juta
tahun. Di kawasan ini, pelancong dapat menjalankan pelbagai aktiviti riadah
sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, hidupan di hutan
hujan ini menjadi tarikan pencinta alam dan pengkaji untuk membuat kajian.
Malaysia juga mempunyai pantai dan pulau yang menarik. Antara pantai
dan pulau yang menarik untuk dikunjungi ialah Pulau Sipadan di Sabah, Pulau
Tioman di Pahang, Pulau Perhentian di Terengganu dan Pantai Batu Ferringhi di
Pulau Pinang. Tasik Kenyir di Terengganu dan Empangan Temenggor di Perak
pula merupakan destinasi yang sesuai untuk kaki pancing.
Malaysia juga memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai
suhu sejuk seperti Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser di Pahang, dan Bukit 7
Larut di Perak. Selain dapat menghayati keindahan alam semula jadi, para
pelancong juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Aktiviti
Pilih satu tempat yang hendak kamu lawati. Bincangkan.
• Murid menyampaikan pendapat menggunakan perkataan sendiri. • Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul.
KBT: Kontekstual Nilai: Kebersihan fizikal dan mental, Kesyukuran KBT: Kontekstual Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang
KP: Verbal-linguistik, Naturalis EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar KP: Naturalis EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
KB: Menjanakan idea 2.2.1 KB: Menghubungkaitkan 111
BCB: Mendengar dengan berkesan BCB: Membaca secara mekanis

