Page 168 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 168
Bina ayat menggunakan frasa berhuruf tebal.
Pasar Tani
9
Pak Mustar seorang peniaga di pasar tani di pekan Sabak Bernam. Pak
Mustar menjual pelbagai jenis sayur yang segar. Selain sayur-sayuran, dia juga
menjual ulam-ulaman seperti jering, petai, pegaga dan ulam raja.
Pasar tani ialah tempat menjual hasil pertanian seperti sayur-sayuran
dan buah-buahan. Makanan dan barangan keperluan yang lain juga boleh
dibeli di pasar tani. Cheah membeli terung daripada Pak Mustar. Dia suka
membeli barang di pasar tani kerana harganya lebih murah. Barang-barang
yang dijual di pasar tani juga lebih segar berbanding dengan pasar raya.
Aktiviti
1. Lakonkan situasi jual beli di pasar tani.
2. Ceritakan pengalaman kamu semasa di pasar tani.
• Murid membina ayat dengan betulnya.
KBT: KP: Kontekstual Nilai: Keberanian, Berdikari, Kejujuran
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan
3.4.3 BCB: Menulis secara mekanis 159

