Page 170 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 170

B.  Baca petikan di bawah.


                                                     Usahawan IKS

                   Usahawan Industri  Kecil dan Sederhana (IKS) sering kali berhadapan dengan
                   masalah  apabila ingin memasarkan produk mereka di pasaran. Lazimnya,
                   situasi itu terjadi kerana mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi dan
                   kekurangan ilmu serta pengalaman.
                        Walau bagaimanapun, Khairul Rasyid berjaya membuktikan bahawa
                   perkara itu tidak pernah menghalang dirinya untuk berkecimpung dalam
                   perniagaan. Beliau bijak memilih strategi pemasaran terbaik bagi memastikan
                   produknya  mendapat sambutan  di pasaran.  Beliau  telah memasarkan
                   produknya melalui jualan setempat produk usahawan di pusat Agro Baazar
                   yang terletak di Sekinchan, Selangor.
                        Khairul Rasyid memulakan perusahaan kerepek tempe sejak dua tahun
                   lalu. Sebelum ini, beliau membantu bapanya, Pak Mustar berniaga pelbagai jenis
                   sayur di pasar tani. Ibu dan bapanya banyak memberikan galakan dan tunjuk
                   ajar dalam perniagaan. Khairul Rasyid telah menjadi contoh kepada golongan
                   belia. Beliau telah dianugerahi Usahawan IKS Jaya Daerah Sabak Bernam.


                                                                                                              9



























                     Aktiviti
                   1.  Berikan pendapat kamu tentang pencapaian Khairul Rasyid dalam
                        perniagaan yang diceburinya.
                   2.  Nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada usahawan untuk maju dalam
                        perniagaan.



                                                                                                        161
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175