Page 94 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 94

UNIT

                      15        Patuhi Peraturan Jalan Raya










                                                Fahami Lampu Isyarat


                   Baca dan nyatakan maklumat di bawah.


                   Lampu  isyarat  ialah  sistem  yang  digunakan untuk  melancarkan  pergerakan
                   lalu lintas dan lintasan pejalan kaki. Tujuannya adalah untuk memudahkan
                   pengguna jalan raya. Lampu isyarat disesuaikan dengan  kod warna yang
                   sama di seluruh dunia.
                        Sistem pengawasan lampu lalu lintas seperti ini pertama kali diperkenalkan
                   di daerah Westminster, England pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini
                   menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual.
                        Susunan lampu isyarat ini terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning
                   dan hijau. Namun begitu, lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya.
                   Lampu hijau pula mempunyai warna biru. Keadaan ini untuk membantu orang
                   yang buta warna mengenali warna merah dan hijau.                                           5
                                             (Diubah suai daripada: Utusan Malaysia Online, 27 Februari 2014.)





                                                          Lampu merah – berhenti.




                                                          Lampu kuning – bersedia untuk berhenti.




                                                          Lampu hijau – meneruskan perjalanan.




                     Aktiviti

                   Nyatakan kepentingan lampu isyarat kepada pengguna jalan raya.



                                    •  Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas.
                                    KBT: KP: Verbal-linguistik                               Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Berhati-hati
                                            KB: Menjanakan idea                            EMK: TMK
                             1.4.1          BCB: Mendengar dengan berkesan                                                                                                                         85
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99