Page 95 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 95
Berdisiplin di Jalan Raya
Baca dan fahami dialog yang berikut.
Nurul bersama-sama ibu, bapa dan adiknya melintas jalan semasa lampu
isyarat pejalan kaki berwarna hijau.
Ayah, berjasa sungguh lampu
isyarat ini.
Memang betul, Aiman. Dengan
mematuhi lampu isyarat,
kemalangan dapat dielakkan.
Tetapi ayah, masih terdapat
pemandu yang tidak mematuhi
lampu isyarat.
Sebab itulah, saman dikenakan
kepada pemandu yang tidak
mematuhi lampu isyarat.
5 Berapakah bayaran
saman itu, ayah?
Denda minimum RM300 dan
perlu dibayar dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
Aktiviti
1. Mengapakah saman dikenakan kepada pemandu?
2. Berapakah denda yang perlu dibayar oleh pemandu yang tidak mematuhi
lampu isyarat?
• Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertimbang rasa, Prihatin, Menghormati
KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
86 2.2.2 BCB: Membaca dengan berkesan

