Page 3 - BUKU PENGURUSAN SKK 2021 NEW
P. 3
Sekolah Kebangsaan Kopok 2021
Transformasi 25 – ts25
TINTA BICARA GURU BESAR
DARIPADA MEJA PENGURUS SEKOLAH 2021
Assalammualaikum wbt, dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan rahmat dan izin-Nya dapat kita bertemu lagi pada tahun ini. Bermula dengan
semangat yang baru, diharapkan warga sekolah ini dapat menanamkan iltizam untuk menjadi warga yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasanan yang diamanahkan. Keikhlasan dalam menerima tugasan
menjadi pemangkin untuk kita berusaha dengan lebih gigih demi mencapai segala impian.
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) oleh KPM menjadi agenda utama warga sekolah untuk
melaksanakan semua bentuk pentaksiran dan penilaian yang ditetapkan. Sewajarnya kita perlu fokus dalam
menyiapkan diri murid-murid terhadap PBD, PAJSK, PPsi dan Pentaksiran Pusat agar mereka mencapai
penilaian yang terbaik. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) menjadi wacana warga pendidik yang harus
dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Kemenjadian Murid menjadi agenda utama warga
pendidik dalam mempersiapkan diri mereka menjadi insan yang bersesuaian dan diperlukan dengan dunia
semasa.
Tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia, termasuk juga negara kita yang begitu
terkesan dengan pandemik COVID-19. Keadaan pada masa ini merupakan satu situasi yang sukar kepada
semua dan perlu kita harungi bersama. Oleh yang demkian, kita memerlukan pendekatan yang berbeza dan
ada kalanya pendekatan tersebut adalah di luar daripada kebiasaan. Kita harus mempersiapkan diri dengan
norma baharu. Perkara ini bukan sahaja melibatkan perubahan corak kehidupan seharian malahan sistem
pendidikan juga terpaksa melalui arus perubahan yang drastik. Oleh yang demikian, setiap daripada kita yang
bergelar guru harus mempersiapkan diri dengan perubahan ini terutamanya dalam pengajaran dan
pembelajaran digital.
2

