Page 7 - BUKU PENGURUSAN SKK 2021 NEW
P. 7
Sekolah Kebangsaan Kopok 2021
Transformasi 25 – ts25
MOTO SEKOLAH
INOVASI DAN KUALITI MEMACU TRANFORMASI
Inovasi
Faktor penting yang menggalakkan manusia menggunakan pelbagai kebolehan, kreativiti,
dan kaedah, untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan mengikut perkembangan semasa.
Kualiti
Bebas daripada kesilapan yang menyebabkan ulangan kerja (rework) atau daripada
kegagalan output/hasilan, ketidakpuasan pelanggan, aduan pelanggan dan lain-lain. Tanpa
sumber manusia yang cekap dan berkualiti, menjadi faktor sesebuah organisasi tidak dapat
mencapai output atau keberhasilan yang diimpikan serta tidak dapat melonjakkan diri untuk
bersaing dalam bidangnya.
Memacu
Menggerakkan sesuatu strategi dengan lebih cepat dan pantas.
Tranformasi
Transformasi merupakan proses perubahan yang berlaku bagi membolehkan organisasi
relevan dan mampu bersaing sebagi tindak balas terhadap perkembangan semasa. Suatu
perciptaan paradigma baharu yang melibatkan perubahan struktur dan sistem, kaedah
pengurusan, kompetensi dan profil pekerja serta output.
6

