Page 4 - BUKU PENGURUSAN SKK 2021 NEW
P. 4

Sekolah Kebangsaan Kopok 2021
                                                                                                Transformasi 25 – ts25
              Kita sedia maklum, dalam Era Revolusi Industri Keempat (RI 4.0) yang menggabungkan dunia fizikal, digital
              dan  biologikal  telah  memberi  kesan  kepada  aspek  sosial,  ekonomi,  dan  indusrti.  Perubahan  ini  memberi
              kesan  dalam  dunia  pendidikan  secara  langsug.  Oleh  yang  demikian  sebagai  warga  pendidik  kita  wajar
              mempersiapkan diri untuk mendepani segala cabaran. Bagi memastikan kelestarian pendidikan, kita perlu
              melonjakkan keupayaan berfikir dan merancang untuk masa hadapan dengan berteraskan penghayatan nilai.
              Kualiti  pendidikan  amat  dititikberatkan  agar  para  pendidik  lebih  kreatif  dalam  memberikan  pendidikan
              kepada anak didik yang berlainan keupayaan. Diharapkan segala usaha murni ini tetap seiring dan selaras
              dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



              Kita  seharusnya  memahami  dengan  jelas  segala  hasrat  murni  KPM  dalam  merelisasikan  aspirasi  negara.
              Seperti  yang  terkandung  dalam  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (PPPM)  2013-2025,  kita
              mempunyai  tanggungjawab  untuk  menjadikan  Sebelas  Anjakan  Tranformasi  Sistem  dan  Aspirasi  Murid
              menjadi kenyataan. Melalui Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) diharapkan agar
              semua warga sekolah dapat garis panduan yang jelas dalam menentukan hala tuju dan matlamat sekolah.
              Penetapan  12  Inisiatif  KPM  akan  dijadikan  sandaran  untuk  warga  pendidik  meningkatkan  prestasi  kerja
              cemerlang  dan  meningkatkan  martabat  profesion  perguruan.  Keberhasilan  daripada  perancangan  dan
              pelaksanaan program yang mantap menjadi pemangkin dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.



              Diharapkan agar Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2021 ini dapat dijadikan panduan dalam merancang dan
              melaksanakan  aktiviti  berdasarkan  takwim  yang  dibina.  Jawatan  yang  disandang  merupakan  amanah  dan
              harus dipikul dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti. Semangat kerjasama dan toleransi hendaklah
              diteruskan agar segala tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan cemerlang.



              Sama-samalah kita bertekad agar SK.Kopok menjadi organisasi yang dapat melahirkan warga pendidik dan
              anak-anak warisan yang cemerlang di dunia dan akhirat serta sentiasa mendapat rahmat daripada-Nya.



              Inovasi dan Kualiti Memacu Tranformasi




              …

              …………………………………………………………

              ( MUHAMOD SUHAIMI BIN SULEIMAN )
              Guru Besar,
              Sekolah Kebangsaan Kopok,
              Pasir Gudang,
              Johor.




                                                               3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9