Page 104 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 104

Menulis
                                  Wira dan Wirawati Negara
           Farisha mencari maklumat tentang Anugerah MyHero dalam laman
           sesawang Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.




                  LAMAN UTAMA       LATAR BELAKANG  MENGENAI KAMI  INFO  PERKHIDMATAN  HUBUNGI KAMI
           Anugerah MyHero diperkenalkan pada tahun 2014 bagi mengiktiraf wira dan wirawati yang
           tidak didendang dalam masyarakat. Namun begitu, mereka aktif berbakti dalam pelbagai
           cara demi perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia.

                            Seramai 10 000 orang murid mendapat manfaat daripada tuisyen
                            bahasa Melayu beliau secara percuma. Majoriti murid daripada
                            kaum Cina dan India. Usaha ini dapat memartabatkan penguasaan
                            bahasa kebangsaan dalam kalangan murid bukan Melayu.

           Abdul Muhen Abdul   Pada pendapat saya, usaha Encik Abdul Muhen terpuji kerana
             Mohssin, Kedah   sanggup berkorban tenaga dan kos untuk memberikan perkhidmatan
                              tuisyen percuma kepada murid pelbagai bangsa.


            Beliau membesarkan 11 orang anak angkat pelbagai kaum dan
            agama daripada keluarga yang susah. Kejayaan yang dicapai
            oleh anak angkat memberikan kepuasan kepada beliau.

              Pada pandangan saya, – sumbangan – ikhlas – kebajikan – kongsi
              rezeki – bantu – pelbagai kaum                                           Tan Bee Seng,
                                                                                         Pahang



                             Beliau pengasas Persatuan Kebajikan Vinashini yang membantu
                             orang kurang upaya, anak yatim dan warga emas. Beliau berbakti
                             tanpa mengharapkan balasan dan penghargaan.

                               Pada pendapat saya, ___.
            Angela Devi Ariyan,
             Negeri Sembilan

            Beliau giat menjalankan aktiviti kebajikan masyarakat pelbagai kaum
            dan agama dengan sumber kewangan sendiri. Kebajikan yang
            dihulurkan termasuklah membantu masyarakat susah di kampung.

              Saya berpandangan bahawa  ___.
                                                                                    Wong Siew Sin@Dolly,
                                                                                          Sabah
                  Aktiviti
           Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat terhadap
           sumbangan tokoh.

                            • Bimbing murid membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat daripada sesuatu
                     Nota
                     Guru    bahan multimedia.
           90       3.2.1     Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme     KBAT: Menilai – Memberikan ulasan
                              EMK: Nilai Murni – Prihatin               PAK-21: Meja Bulat Serentak
          KPM
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109