Page 108 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 108
Pengayaan
Baca arahan dan jalankan aktiviti permainan bahasa.
PermAINAN bAhAsA
Padan dan menang
Panduan Permainan
1. Bina dan labelkan tiga stesen. Pertama, Stesen Muhibah, kedua, Stesen Perpaduan
(2a dan 2b) dan ketiga, Stesen Harmoni.
2. Secara rawak, setiap murid akan memegang sekeping kad. Contoh: alat, pen,
merah, tanggung, setia, kerja, tulis, merah, muda, jawab, usaha, sama dan
sebagainya. (kata awal dan akhir bagi kata majmuk)
3. Murid berdiri di dalam bulatan (Stesen Muhibah). Apabila wisel dibunyikan, angkat
dan pamer kad kata. Secara spontan dan tertib, murid segera mencari pasangan
dengan berdiri di sebelah pasangan kata yang betul untuk membentuk kata
majmuk bebas atau kata majmuk mantap.
4. Apabila wisel kedua dibunyikan, pasangan akan mencari Stesen Perpaduan Bebas
untuk kata majmuk bebas dan Stesen Perpaduan Mantap untuk kata majmuk
mantap. Murid terus mengangkat dan mempamerkan kad kata dan guru menilainya.
5. Pasangan yang berada di stesen yang betul dianggap pemenang.
6. Murid yang tersingkir boleh bermain untuk pusingan
seterusnya dengan kad-kad kata yang lain. TAMAT
7. Untuk memilih juara keseluruhan, guru boleh membuat 3
ujian membina ayat di Stesen Harmoni. Stesen
Harmoni
Stesen
Perpaduan
Bebas
2a
Kata Majmuk Bebas
alat pen Stesen
sama merah Perpaduan
tanggung
jawab 1 Mantap
Stesen setia 2b
Muhibah
usaha Kata Majmuk Mantap
muda kerja
5.2.2 merah tulis
94 (i)
KPM

