Page 106 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 106

Tatabahasa
                                        Panggung Perpaduan

           Farisha mempengerusikan mesyuarat Kelab Drama. Mesyuarat itu
           membincangkan persembahan Panggung Perpaduan sempena sambutan
           Hari Malaysia.

           Farisha:    Salam sejahtera. Guru besar mencadangkan kita mengadakan
                      persembahan drama khas sempena Hari Malaysia. Kelab kita menyahut
                      cabaran itu dengan sukarelanya.
           Irfan:     Terima kasih kerana berani mencuba. Berkat kerjasama semua,
                      persembahan itu akan menjadi kenyataan.
           Shu Fen:   Sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjayakan drama itu
                      kerana aktiviti itu sebahagian daripada objektif penubuhan kelab kita.
           Farisha:    Sila cadangkan tema dan latar tempat persembahan.
           Rubini:     Saya fikir bagus juga jikalau kita tonjolkan tema sambutan hari perayaan
                      atau kehidupan masyarakat majmuk di rumah pangsa. Semua cadangan
                      saya catatkan dalam buku tulis saya.
           Amira:    Saya sokong cadangan setiausaha. Nanti, para pelakonnya mestilah
                       terdiri daripada warganegara Malaysia pelbagai kaum.
           Farisha:    Menarik juga jika kita selitkan seorang watak pelakon antarabangsa.
           Shu Fen:   Saya setuju! Dalam babak itu, kita dapat menunjukkan kekaguman
                      pelancong akan keharmonian hidup pelbagai kaum di Malaysia.
           Farisha:    Baiklah, kita akan menghantar borang penyertaan kepada urus setia.



                                           setiausaha                    Munsyi Cilik

                                                                     Kata majmuk bebas ialah dua
                     ruang
                  tandatangan                                        kata dasar yang dirangkaikan untuk
                                                                     membentuk satu kata baharu yang
                                                                     ditulis secara terpisah.
                                       ahli                          Contoh: buku tulis, rumah pangsa,
                                  jawatankuasa                       meja tulis dan guru besar.
                                                                     Kata majmuk mantap ialah dua kata
                                                                     dasar yang ditulis secara bercantum.

                                                                     Contoh: beritahu, bumiputera,
                                                                     kakitangan, olahraga, matahari,
                                                                     suruhanjaya dan pesuruhjaya.
                  Aktiviti

           Mengenal pasti dan memahami kata majmuk bebas dan
           kata majmuk mantap.

                            • Bimbing murid mengkategorikan dan membina ayat dengan menggunakan kata majmuk
                     Nota
                     Guru    bebas dan kata majmuk mantap mengikut konteks.
           92       5.2.2     Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme  KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                      (i)
          KPM                 EMK: Nilai Murni – Kerjasama
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111