Page 163 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 163

Tatabahasa
                                           Badak Sumbu Sumatera Terakhir
             Encik Nazri telah memberitahu Afifi tentang kisah

             Badak Sumbu Sumatera terakhir di Malaysia.

                                                                                           terkejut
             Afifi terus melayari Internet untuk mendapatkan maklumat. Ramai
             masyarakat telah berbicara tentang kematian Badak Sumbu Sumatera
             terakhir di Malaysia. Badak Sumbu Sumatera itu sebahagian daripada
             haiwan terlindung di negara ini. Badak Sumbu Sumatera itu
             bernama Iman.
                                                                                      Nama: Iman
                 “Iman mati semasa di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan
                                                                                      Umur: 25 tahun
             Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, Sabah. Petugas telah memberi          Jenis: Badak Sumbu
             Iman rawatan dengan sebaik-baiknya. Walau bagaimanapun,                            Sumatera
             rawatan untuk mengubati masalah ketumbuhan pada uterus Iman                  berumur
             gagal. Berita kematian Iman menggemparkan masyarakat,
             terutamanya pencinta alam di negara ini. Mereka amat berdukacita
             dengan kejadian tersebut,” kata Afifi kepada ayahnya.
                 “Kesedihan ini amatlah kita rasai. Namun begitu, masyarakat
             harus belajar daripada kejadian ini. Kini, pihak Santuari Badak Borneo
             berusaha untuk membiakkan badak jenis ini di habitat yang sesuai.            merawat
             Mereka akan bekerjasama dengan negara jiran yang masih
             mempunyai badak jenis ini. Kehadiran Iman dan badak sumbu yang lain
             telah menceriakan alam kita selama ini,” kata Encik Nazri.






             Kita sepatutnya bersama-sama
             menjaga alam sekitar supaya
             hidupan liar tidak terancam.
             Kita perlu ___.
                                                      memelihara                   berharap

                                                          Munsyi Cilik

                                                      Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang
                   Aktiviti                           mengutamakan subjek asal.
             Mengenal pasti dan membina               Contoh:   Afifi         memelihara         alam.
             ayat aktif.                                              (subjek)  (kata kerja aktif)            (objek)

                      • Bimbing murid memahami dan membina ayat aktif.
               Nota
               Guru     Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual   KBAT: Mengaplikasi – Membina
               5.3.3    EMK: Nilai Murni – Menghargai                                           149
                                                                                                KPM
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168