Page 164 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 164

Tatabahasa
                                                Hotel Hijau
           Encik Nazri telah mencadangkan hotel hijau sebagai penginapan keluarga mereka
           semasa bercuti.                Ayat Pasif

           Afifi:   Ayah, hotel itu diiktiraf oleh kerajaan sebagai hotel hijau.
                  Apakah yang dimaksudkan dengan hotel hijau?
           Ayah:  Hotel hijau ialah inisiatif oleh pihak hotel yang menyediakan
                  kemudahan dan perkhidmatan yang bersifat mesra alam.
           Afifi:   Oh, begitu! Apakah inisiatif mesra alam itu?
           Ayah:  Banyak bangunan hotel menggunakan cahaya matahari untuk
                  pencahayaan di dalam bilik. Mentol lampu cekap tenaga juga
                  digunakan oleh pihak hotel. Oleh itu, penggunaan tenaga
                  elektrik dapat dijimatkan.
           Afifi:  Eh, mengapakah banyak basikal di hotel itu, ayah?
           Ayah:  Pihak hotel hijau itu juga menyediakan perkhidmatan sewaan
                  basikal. Tetamu digalakkan berbasikal ke sesuatu destinasi
                  yang berdekatan. Dengan cara ini, pencemaran udara dapat
                  kita kurangkan.
           Afifi:  Bagaimanakah pula dengan tempat letak kenderaan berwarna
                  hijau itu, ayah?
           Ayah:  Oh, itu tempat mengecas kenderaan hibrid! Perkhidmatan
                  itu juga ialah sokongan ke arah usaha mesra alam. Dengan itu,
                  kedatangan pelancong hijau dapat kita tingkatkan.

                                                          Ayat Aktif                        Ayat Pasif
                                  Pihak hotel hijau menyarankan pelanggannya menjimatkan
                                  penggunaan air. Pelanggan menukar tuala dan cadar
                                  apabila perlu sahaja. Selain itu, hotel juga menggunakan     ___
                                  tadahan air hujan untuk simbahan tandas. Kita mestilah
                                  menyokong usaha pelestarian alam ini.


                                      Munsyi Cilik

                                  Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek
                                  asal sebagai subjek baharu.
                                  Contoh ayat pasif:                  Contoh ayat aktif:
                                   Alam         disayangi       Afifi.     Afifi         menyayangi          alam.
                  Aktiviti        (objek)    (kata kerja pasif)    (subjek)  (subjek)   (kata kerja aktif)     (objek)
           Mengenal pasti dan memahami ayat pasif dalam teks.

                           • Bimbing murid memahami dan membina ayat pasif.
                     Nota
                     Guru    Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme  KBAT: Mengaplikasi – Membina
          150       5.3.3    EMK: Nilai Murni – Menghargai
          KPM
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169