Page 19 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 19

Seni Bahasa
                                     Meriahnya Perayaan

             Farisha berpeluang untuk melagukan syair dalam
             pertandingan kebudayaan di sekolahnya. Rakannya,
             Rubini dan Shu Fen, memberikan sokongan moral.




               Negara Malaysia namamu terserlah,
               Perpaduan utuh musuh pasti kalah,
                                                              IMBAS SAYA
               Harmoni di rumah juga di sekolah,
               Raikan persamaan usah berbalah.


               Rumah terbuka juadah berselera,
               Makan bersama jalinan mesra,
               Rakan taulan seperti saudara,
               Susah dibantu tanpa berkira.


               Pelbagai bangsa aneka budaya,
               Semangat berpadu mewarnai raya,
               Saling menghormati saling percaya,
               Jaga kesopanan dalam media maya.


               Pelbagai kaum warisan persembahan,
               Suasana ceria jelas kemeriahan,
               Berganding bahu warisan dipertahan,
               Seni dan budaya penuh keindahan.









           Syair tadi menceritakan ___.
           Penyair menyarankan ___.
           Selain itu, penyair berharap ___.
                                                                              Rumusan keseluruhan

                   Aktiviti                                                   isi syair ialah ___.
             Melagukan syair serta menyatakan idea keseluruhan.

                      • Bimbing murid melafazkan dan melagukan syair serta menyatakan idea keseluruhan syair.
               Nota
               Guru     Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik             KBAT: Menganalisis – Menerangkan
               4.2.1    EMK: Nilai Murni – Berhemah Tinggi                                       85
                                                                                                KPM
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24