Page 24 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 24
Seni Bahasa
Pasukan Kompang
Penduduk Taman Seri Damai telah menubuhkan pasukan kompang.
Mereka telah mendendangkan syair perkenalan kumpulan.
Seri Mahsuri
Seri Mahsuri nama diberi,
Pasukan kompang sedia berperi,
Lelaki wanita segak berdiri,
Pakaian indah cantik berseri.
Petanglah minggu terdengar tautan,
Ilmu dicari si anak watan,
Seragamkan bunyi lenggok sebutan,
Cepat belajar berkat kesepakatan.
Terus berkembang Seri Mahsuri,
Irama baharu sentiasa dicari,
Terima undangan berselang hari,
Tiada rungutan ikhlaskan diri.
Syair ini
Hebatnya kompang tiada tandingan, mengisahkan
Kini bukan lagi anganlah-angan, ___.
Paluan kompang kekuatan tangan,
Kesatuan hati jadi gabungan.
Aktiviti
Melafazkan dan melagukan syair IMBAS SAYA
serta menyatakan idea keseluruhan syair.
• Bimbing murid melafazkan syair serta menyatakan idea keseluruhan syair.
Nota
Guru Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menerangkan
10 4.2.1 EMK: Nilai Murni – Semangat Bermasyarakat
KPM

