Page 23 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 23

Menulis
                                         Sepakat Jaga Kebersihan

             Penduduk Taman Seri Damai akan menjalankan aktiviti Kempen Jalan dan Kutip.
             Sambil menjalankan aktiviti, masyarakat dapat beramah mesra dan bekerjasama.
                               Program Kemasyarakatan Taman Seri Damai
                                   KEMPEN JALAN DAN KUTIP

                                      Tarikh: 24 Mac 2000 (Ahad)
                                      Masa: 8:00 hingga 11:00 pagi
                                      Matlamat:
                                      • Menanamkan sikap bekerjasama
                                      • Mengeratkan hubungan kejiranan

                      Kawasan Sasar:               Atur Cara:
                      • Taman permainan             8:00 pagi:  • Taklimat
                      • Gelanggang futsal                       • Pembahagian kumpulan
                      • Bangunan kedai                          • Pelantikan ketua kumpulan
                      • Kawasan perumahan          8:15 pagi:     Aktiviti dijalankan
                                                   11:00 pagi:    Bersurai

               Afifi:    Tinesh, Kai Jun, lihat poster ini. Esok, komuniti Taman Seri Damai
                         akan menjalankan Kempen Jalan dan Kutip.
               Tinesh:  Kalau kita rujuk poster ini, mengapakah kawasan sasar termasuk
                         bangunan kedai?
               Afifi:    _________________________________________________.
               Kai Jun:  Bagaimanakah aktiviti sebegini dapat mengeratkan hubungan
                         kejiranan?
               Tinesh:  _________________________________________________.
               Afifi:    Pada pendapat kamu, sesuaikah aktiviti ini diadakan pada hari
                         Ahad?
               Kai Jun:  _________________________________________________.
               Tinesh:  Apakah tujuan pelantikan ketua kumpulan bagi setiap kumpulan?

               Afifi:    _________________________________________________.
               Kai Jun:  Yang manakah lebih sesuai, aktiviti ini dijalankan secara
                         berkumpulan atau individu? Nyatakan pendapat kamu.
               Tinesh:  _________________________________________________.


                   Aktiviti
             Membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat berdasarkan bahan.

                      • Bimbing murid membina dan menulis ayat untuk menyatakan pendapat berdasarkan
               Nota
               Guru    bahan multimedia.
               3.2.1    Strategi PdP: Pembelajaran Koperatif             KBAT: Menilai – Memberikan pendapat           9
                        EMK: Nilai Murni – Kerjasama               PAK-21: Fikir-pasang-kongsi
                                                                                                KPM
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28