Page 22 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 22

Membaca
                                                   Kita Boleh
           Afifi, Kai Jun dan Tinesh menyertai perlumbaan basikal antara komuniti
           kejiranan taman mereka. Sebelum perlumbaan, mereka diberi taklimat.



           Sebelum perlumbaan                          Ketika perlumbaan
           •  Peserta perlu mempunyai kesihatan yang baik.  •  Peserta perlu melihat dan mematuhi papan tanda:
           •  Peserta perlu memakai pakaian yang sesuai      – arah laluan perlumbaan
             dan selamat semasa menunggang basikal.      – tempat berbahaya
                                                       •  Peserta perlu mengamalkan semangat
           •  Basikal hendaklah dalam keadaan baik       kesukanan.
             dan sesuai dengan berat badan.            •  Peserta perlu saling menghormati.




           Kai Jun telah memenangi pertandingan ini. Afifi pula hanya menduduki tempat keempat.
               “Tahniah, Kai Jun,” ucap Afifi.
               “Terima kasih, Afifi. Mengapakah kamu lambat, Afifi?” tanya Kai Jun.
               “Peserta di hadapan saya tidak perasan akan arahan papan tanda. Akhirnya,
           dia terjatuh kerana terlalu laju ketika menuruni bukit. Saya tidak sampai hati hendak
           meninggalkannya begitu sahaja,” jelas Afifi.
               “Apakah tindakan kamu, Afifi?” soal Tinesh.
               “Saya telah membantunya agar bangkit semula. Saya juga memberikan
           kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan perlumbaan ini,” jelas Afifi.
               “Wah, kami sangat bangga akan semangat setia kawan kamu, Afifi!” ucap Kai Jun
           dan Tinesh.
               “Rim tayar basikal kamu kelihatan bengkok.
           Bahaya untuk kamu tunggang,” kata Kai Jun.
               “Betul, Kai Jun. Kalau begitu, saya akan meminta
           bantuan ayah saya untuk membawa basikal Afifi
           pulang dengan kenderaan pacuan empat roda,”
           kata Tinesh.
               “Terima kasih, Kai Jun, Tinesh,” balas Afifi.

                              Maklumat Tersirat                                Respons

            Peserta mesti menjaga kesihatan sebelum perlumbaan     Peserta dapat mengelakkan
            agar dapat mengekalkan tumpuan yang baik semasa        kemalangan daripada berlaku.
            perlumbaan.


                  Aktiviti
           Membaca dan memahami maklumat tersirat untuk memberikan respons.

                            • Bimbing murid mengenal pasti maklumat tersirat daripada maklumat tersurat.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik     KBAT: Menilai – Membuat justifikasi
           8        2.1.1    EMK: Nilai Murni – Berhemah Tinggi
          KPM
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27